fbpx

EV pertama nasional, Proton e.MAS 7 dilancarkan bermula RM109,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gimik pelancaran Proton e.MAS 7 EV pertama negara di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). -Foto FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama nasional, Proton e.MAS 7 untuk pasaran tempatan hari ini yang akan dijadikan sebagai kenderaan rasmi sempena ASEAN 2025.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu hadir dengan dua varian e.MAS Prime pada harga RM109,800 dan e MAS Premium RM123,800 atas jalan raya tanpa insurans.

Bagi 3,000 pembeli pertama, e.MAS 7 e.MAS 7 Prime ditawarkan pada harga manakala e.MAS 7 Premium (RM119,800).

Pelancaran Proton e.MAS 7 yang amat signifikan ke arah mencapai mobiliti emisi sifar karbon itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar ketika berucap berkata, pelancaran e.MAS 7 mencatatkan satu sejarah penting kepada negara dan membuktikan keupayaan profesional serta tenaga kerja tempatan dalam menghasilkan EV nasional pertama negara.

Jelas Anwar, ketika ini lebih daripada 75 peratus tenaga yang digunakan di Asia berasal daripada hidrokarbon dan permintaan itu dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2030.

“Sekarang kita mesti mengimbangi permintaan dengan sekuriti, kemampuan dan kemampanan.

“Di bawah Inisiatif Peralihan Bertanggungjawab, Malaysia meningkatkan daya saingnya dengan mengurangkan kebergantungan bahan api fosil dan memupuk pertumbuhan dalam mobiliti hijau, tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyimpanan tenaga,” katanya pada Majlis Pelancaran Proton e.MAS 7 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Dibangunkan hasil kerjasama Proton dan Geely, model SUV elektrik ini dilengkapi satu motor elektrik 160 kW dengan kuasa 218 PS yang boleh memecut dari pegun hingga 100 kilometer per jam (km/j) dalam masa 6.8 saat dengan kelajuan maksimum 175 km/j.

Varian Prime hadir dengan bateri 49.52 kWh yang menyokong pengecasan DC 80 kW dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 345 km.

Sementara itu, versi Premium dilengkapi bateri 60.22 kWh yang menyokong pengecasan DC 100kw dengan jarak pemanduan 410 km.

Untuk pengecasan, e.MAS 7 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium yang memerlukan 20 minit untuk pengecasan dari 30 peratus hingga 80 peratus. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI