fbpx

Dewan Negara: Peruntukan RM3 bilion program Bekalan Air Luar Bandar di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubiah pada sidang Dewan Negara, hari ini. Foto oleh JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan memperuntuk lebih RM3 bilion tahun ini untuk pelaksanaan projek di bawah program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Sarawak.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KDW), Datuk Rubiah Wang berkata, perunyukan tersebut melibatkan kira-kira 17 projek baharu dan 53 projek sambungan.

Jelas Rubiah, projek-projek tersebut kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Kementerian ini komited untuk bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat untuk memastikan projek berkenaan disiapkan mengikut jadual.

“Daripada 70 projek yang diluluskan tersebut, lapan projek dalam peringkat pembinaan, 45 projek dalam peringkat prapelaksanaan serta 17 projek siap dan dalam proses bayaran akaun muktamad.

“Kementerian komited dan sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak khususnya Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN) dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek BALB di Sarawak agar projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan”, katanya di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom yang ingin tahu mengenai proses pelaksanaan BALB di Sarawak.

Dalam pada itu, dewan turut dimaklumkan, bermula tahun ini , Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi melaksanakan 17 Projek BALB di Sarawak bernilai RM50 juta. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI