fbpx

Dewan Negara: CCTV 24 jam, elak buli di kem PLKN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Semua kem yang terlibat mengendalikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilengkapkan dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelakkan kes buli.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan latihan yang selamat dan kondusif bagi peserta.

Tambah beliau, seramai 32 warden akan bertugas sepanjang masa di semua kem terlibat.

“Struktur pengambilan peserta yang seragam akan mengurangkan risiko berlakunya budaya senior-junior, yang sering menjadi punca insiden buli.

“Peserta PLKN 3.0 akan memulakan latihan secara serentak, tanpa wujudnya perbezaan senior atau junior. Ini memastikan tiada peluang untuk budaya buli berkembang,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Sementara itu, kerajaan akan membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta yang meliputi kos makan, minum, penginapan dan keperluan asas lain sepanjang program.

“Program akan bermula pada Januari dengan jumlah peserta seramai 200 orang pada pengambilan pertama, sebelum ditingkatkan kepada 500 peserta pada fasa kedua,” jelasnya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Senator Roderick Wong di Dewan Negara berkenaan syarat bagi pengambilan peserta Mohamed Khalid memaklumkan, pelatih-pelatih akan dipilih melibatkan remaja Malaysia yang dilahirkan pada tahun remaja tersebut berumur 18 tahun.

“Keutamaan diberikan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet-kadet sekolah,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI