fbpx

Dah berhutang, buat tak endah punca dikenakan tindakan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran yang dimuat naik Asyraf Wajdi di Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Majlis Amanah Rakyat (Mara) mendedahkan ada dalam kalangan peminjam bersikap tidak mengendahkan perihal pembayaran semula pinjaman sehingga berlanjutan bertahun-tahun.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, disebabkan hal itu, tindakan mahkamah diambil ke atas peminjam yang gagal melunaskan hutang pinjaman kerana wang tersebut adalah hak rakyat.

“Mara sering mengingatkan kepada semua peminjam bermasalah untuk datang berunding.

“Ada yang tak endah sebab itu tindakan mahkamah diambil,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Mara bertindak menyerbu kediaman pelakon dan juga pengacara, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara ekoran kegagalan menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Semalam, Asyraf Wajdi mengulangi gesaannya terhadap Che Ta, 51, dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, agar hadir ke pejabat Mara bagi membincangkan mengenai pembayaran hutang tersebut.

Katanya, prosedur pemfailan kebankrapan akan diteruskan susulan kegagalan Che Ta melunaskan hutang dalam tempoh tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI