fbpx

Budak lagi, anak Beyonce berdandan tidak ‘padan’ usia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK dara sunti Beyonce, Blue Ivy.

BARU berusia 12 tahun, anak pasangan selebriti sensasi Beyonce dan Jay-Z, Blue Ivy sudah mendapat kritikan hebat daripada peminat.

Kritikan tersebut bukan disebabkan bapanya, Jay-Z yang terpalit tuduhan merogol remaja 13 tahun, tetapi kerana penampilannya ketika hadir ke tayangan perdana Mufasa: The Lion King minggu lalu.

Ivy yang mengenakan gaun warna keemasan dengan solekan tebal dikatakan kelihatan terlalu tua berbanding usia sebenarnya yang masih kanak-kanak.

“Beginikah penampilan kanak-kanak berusia 12 tahun. Dia kelihatan seperti wanita berusia 40 tahun.

“Saya seperti tidak percaya kanak-kanak 12 tahun kelihatan seperti wanita dewasa,” kata netizen.

Filem tersebut memperlihatkan Ivy sebagai pelakon suara bagi watak Kiara bersama ibunya yang memegang peranan sebagai Nala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI