DAMSYIK– Israel semalam melancarkan serangan paling dahsyat di Syria sejak tahun 2012, lapor saluran berita NDTV.
Menurut Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria(SOHR), serangan ganas itu berlaku semalam.
Rakaman video tular di media sosial menunjukkan bom Israel meletup di barat daya Syria dekat bandar Tartus.
Letupan gergasi yang berlaku membentuk bebola api dan awan cendawan mirip letupan bom atom.
Letupan kuat itu menyamai gegaran gempa bumi bermagnitud 3.1, demikian menurut SOHR. – AGENSI