PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur serta Perak sehingga Khamis ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu melibatkan seluruh Terengganu dan Kelantan, manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Kuantan, Pekan, dan Rompin.
Selain itu, amaran yang sama turut dikeluarkan bagi kawasan Hulu Perak di Perak.
“Amaran hujan berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan serta ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” katanya. – KOSMO! ONLINE