fbpx

4 sahabat diberkas lepas gian hisap heroin bawah jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENG LEE (tengah) menunjukan dadah jenis heroin yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Kulai hari ini. - Foto BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO.

KULAI – Cubaan empat sahabat yang sedang lalok heroin di bawah jambatan di Jalan Seelong-Ulu Tiram, dekat sini untuk melarikan diri selepas diserbu polis tidak berjaya apabila mereka diberkas dalam kejadian Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, dalam serbuan pada pukul 9.15 pagi itu, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 33 hingga 49 tahun.

Menurutnya, keempat-empat suspek yang merupakan penganggur masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

“Pemeriksaan dibuat menemui lima peket lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 1.036 kilogram.

“Siasatan awal dibuat mendapati keempat-empat sahabat tersebut baharu selesai menghisap dadah kerana ujian urin masing-masing positif,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, di sini hari ini.

Sementara itu, Seng Lee berkata, dalam serbuan berasingan, seorang lagi lelaki tempatan berusia 43 tahun ditahan di Lorong Bahagia, Bukit Batu pada pukul 11.50 malam, Jumaat lalu, juga dipercayai selepas selesai menghisap dadah.

“Turut dirampas bersama suspek adalah dadah jenis heroin seberat 21.78 gram,” jelasnya.

Tambah beliau, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 21 Disember depan bagi membantu siasatan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI