fbpx

Young Tigress layak Piala Dunia Remaja 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA (jersi merah) menamatkan kempen Piala Remaja Asia 2024 di tempat kelima selepas menewaskan Thailand, sebentar tadi. - AHF

KUALA LUMPUR – Skuad hoki remaja wanita negara berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki Remaja 2025 di Santiago, Chile yang dijadualkan berlangsung sama ada Julai atau Disember tahun depan.

Kejayaan itu diraih selepas kemenangan besar 6-0 ke atas Thailand dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam Piala Remaja Asia Remaja 2024 di Stadium Hoki Al Amarat, Muscat, Oman sebentar tadi.

Dalam aksi tersebut, Nurshamine Azureen Mohammed Badusha dinobatkan memenangi Anugerah Bintang Meningkat Naik menerusi kejayaannya meledak hatrik pada minit kedua, 9 dan 19.

Baki tiga gol skuad Young Tigress diperoleh menerusi dua jaringan Azmyra Mia Sofea Azhairy pada minit ke-30 dan ke-53 serta satu daripada J. Thibatharshini (m-47).

Lebih manis apabila penghormatan diberikan kepada seorang lagi tunjang negara, Zati Alyani Muhammad Zubir yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut.

Pencapaian layak secara merit itu cukup istimewa buat Young Tigress lebih-lebih lagi selepas mereka terlepas slot beraksi pada Piala Dunia Remaja Wanita tahun lalu.

Sebelum ini, skuad remaja negara pernah beraksi dalam edisi 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan selepas ditawarkan tiket daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menggantikan Jepun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI