fbpx

Wanita kelar diri akibat tertekan, ‘WhatsApp’ suami supaya jaga diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita tempatan berusia 45 tahun ditemukan maut sebelum tidak sedarkan diri di dalam keretanya dengan kesan kelar pada bahagian leher dan lengan.

Difahamkan, ketika kejadian kereta mangsa berada di atas pembahagi jalan berhampiran lampu isyarat di Jalan Besar Kepong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, mangsa mengelar dirinya pada bahagian lengan dan leher sebelum ditemukan di lokasi pada pukul 10.24 malam.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius dengan kesan kelar pada lengan dan leher.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai mengalami tekanan akibat masalah kesihatan yang dihadapinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum kejadian itu juga, mangsa dipercayai telah melanggar sebuah motosikal.

Menurutnya beliau, mangsa juga sempat menghantar pesanan di WhatsApp kepada suaminya pada pukul 9.15 malam.

“Di dalam mesej tersebut, mangsa berpesan supaya suaminya jaga diri, tabah, jangan sedih dan berterima kasih atas pertolongan yang diberikan.

“Siasatan masih dijalankan manakala kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” ujarnya.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan bedah siasat dijadualkan pada pukul 11 pagi ini bagi menentukan punca sebenar kematian. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI