fbpx

Tiga lagi suspek kes bunuh di pangsapuri direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek ketika dibawa ke mahkamah untuk proses reman.

KUCHING – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman ke atas tiga lagi individu bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Tapang awal bulan ini.

Perintah reman ke atas ketiga-tiga lelaki berumur 32, 43 dan 48 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ling Hui Chuan selepas permohonan reman dilakukan oleh Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Sylvarius Gopog.

Suspek berusia 48 tahun direman selama enam hari sehingga 21 Disember ini, manakala suspek berusia 32 dan 43 tahun masing-masing direman tujuh hari sehingga 22 Disember di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika dihubungi, berkata pihaknya menahan ketiga-tiga suspek semalam dengan dua daripadanya ditahan di lokasi berbeza dan seorang lagi menyerah diri.

Dalam kejadian yang dilaporkan pada 4.40 pagi, 1 Disember lalu, seorang lelaki berusia 22 tahun ditemui mati di dalam bilik pangsapurinya dengan kesan tetakan pada bahagian badan selepas diserang sekumpulan lelaki.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI