fbpx

Tang Jie-Ee Wei naib juara, tetap hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sewktu bersaing di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF), Hangzhou, China.

KUALA LUMPUR – Harapan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk mencipta sejarah baru negara dengan menjulang gelaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) tidak kesampaian selepas tumpas kepada pasangan juara Olimpik Paris 2024, Zheng Siwei-Huang Yaqiong di pentas final Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF), sebentar tadi.

Pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium Olimpik Hangzhou tersebut, pasangan No. 8 dunia itu memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan, namun beberapa kesilapan di saat-saat penting memusnahkan peluang mereka untuk meraih gelaran pertama dalam kejohanan tersebut.

Biarpun mempamerkan kebangkitan dalam setiap set perlawanan, mereka akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan kepada pasangan dari China itu dengan keputusan 18-21, 21-14, 17-21 dalam tempoh 75 minit.

Walaupun gagal merangkul gelaran sulung dalam Kejohanan Jelajah Dunia Akhir tersebut, pencapaian Tang Jie-Ee Wei yang berjaya meloloskan diri ke pentas final kejohanan berprestij itu seharusnya dipuji.

Mereka tidak hanya menunjukkan semangat juang yang tinggi, tetapi juga memberi gambaran bahawa mereka akan terus menyinar pada peringkat lebih tinggi pada musim 2025 nanti.

Dengan pencapaian tersebut, pasangan muda negara itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai AS$100,000 (RM445,000) dan Siwei-Yaqiong membawa pulang AS$210,000 (RM934,553) atas kejayaan mereka pada perlawanan tersebut.

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kedua bagi Tang Jie-Ee Wei di Kejohanan Jelajah Dunia Akhir selepas penampilan pertama mereka tahun lalu, di mana mereka terkandas pada peringkat kumpulan.

Lebih manis, Tang Jie-Ee Wei turut menjadi wakil pertama Malaysia yang berjaya beraksi di final sejak kejohanan mula diperkenalkan pada 2018. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI