fbpx

Suami isteri cerai 12 kali dalam 43 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sebuah mahkamah di Vienna. - AFP

VIENNA, Austria – Sepasang suami isteri di Austria yang berkahwin dan bercerai sebanyak 12 kali dalam tempoh 43 tahun lalu, kini disiasat pihak berkuasa kerana dipercayai melakukan perbuatan itu demi untuk mendapatkan wang, lapor laman berita Oddity Central.

Pasangan warga emas itu disyaki telah mengatur setiap perceraian supaya si isteri boleh menerima bayaran pencen sebanyak €27,000 (RM126,000) yang diberikan kepadanya selepas suami pertama wanita tersebut meninggal dunia pada 1981.

Mereka mengambil kesempatan daripada kelemahan dalam sistem perundangan Austria yang membenarkan balu mendapat pampasan selagi dia belum berkahwin. 

Setiap dua tahun setengah, wanita tersebut akan menerima wang 2.5 kali daripada pencen balu tahunannya.

Justeru, bagi setiap tiga tahun atau lebih, kedua-dua mereka bercerai supaya wanita tersebut boleh menerima wang pencen sebelum mereka berkahwin semula.

Taktik penipuan pasangan itu akhirnya terbongkar pada Mei 2022 apabila Institut Insurans Pencen enggan terus memberikan pencen tersebut selepas dia sudah bercerai buat kali ke-12 dengan suami keduanya. 

Siasatan awal yang dilakukan mendedahkan bahawa pasangan itu telah bercerai dan dengan cepat berkahwin semula setiap tiga tahun, iaitu apabila wanita berkenaan sepatutnya menerima bayaran tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI