fbpx

‘Silang panggung’ tengok konsert Siti atas bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut semalam.

PETALING JAYA – Babak penonton yang menonton konsert di atas pokok dalam filem Rock Oo! arahan Allahyarham Mamat Khalid nampaknya betul-betul terjadi ketika konsert penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Kuala Lumpur semalam.

Namun agak berbeza apabila pekerja kontraktor di bangunan berhampiran konsert The Journey of Sound : Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza melakukan perkara sama di atas satu bangunan pencakar langit di ibu negara.

Difahamkan semua pekerja kontraktor yang terlibat itu adalah dalam kalangan jurutera selepas klip video tersebut tersebar di media sosial menyaksikan mereka memakai topi keselamatan berwarna putih.

Dakwaan yang menyatakan pekerja tersebut adalah pekerja kontrak biasa oleh beberapa pihak sebelum ini adalah tidak benar.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza dalam satu hantaran di Instagram beliau turut memuji kehadiran peminatnya walaupun berada di ‘tempat tinggi itu’.

“Saya rasa itu pandangan yang paling baik,” seloroh Siti.

Orang ramai turut meninggalkan komen mereka dan menganggap penonton tersebut adalah istimewa kerana tidak perlu bersesak untuk menyaksikan konsert tersebut.

“Tak terfikir pula kan, Kuala Lumpur ni banyak bangunan tinggi. Untung juga mereka sambil buat ot (overtime) sambil tengok konsert,” kata Nurul Iffah.

“Seronok pula tengok mereka, pandangan dari atas lagi lawa dan menarik,” kata salah seorang peminat. – KOSMO! ONLINE.

@aia.mj Seronok boleh tengok konsert percuma🤣🫰🏻#thejourneyofsoundsitinurhalizajudika ♬ original sound – MJ-Muhamad Jamil

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI