fbpx

‘Saya tak mahu komen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul mengiringi Sultan Sharafuddin yang berkenan menyertai program Larian KITA di SMK Bagan Terap, Sungai Besar, hari ini.

SABAK BERNAM – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memberi kenyataan dalam tempoh terdekat mengenai spekulasi meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, beliau belum membuat sebarang komen mengenai isu itu termasuk spekulasi menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

“Saya belum membuat apa-apa komen mengenai politik melibatkan diri saya.

“Pada masa sama, kita sudah dengar semalam (Sabtu) yang Menteri Besar (Amirudin) telah membuat kenyataan beliau akan menghabiskan penggal ini,” katanya pada program Larian Kebajikan dan Inklusiviti Teras Inspirasi (KITA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sungai Besar di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI