fbpx

Pemuzik duda diganggu bekas isteri meroyan ‘move on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KISAH cerai golongan artis memang kita selalu dengar tetapi cerita cerai ahli muzik, jarang-jarang jadi perhatian.

Maklumlah, mereka pun golongan yang jauh sikit daripada lensa kamera, kecuali kalau ada konsert besar seperti gitaris mudahlah jadi fokus.

Tambah lagi gitaris pula ramai yang kacak dan tampan, rambut pula ikal mayang, peminat perempuan tengok pun boleh histeria!

Tapi bukan itu yang Diva nak ‘melahar’, kisahnya nak bagi tahu yang ada seorang pemuzik bukan gitaris sebenarnya sudah lama bercerai dan sudah ada pengganti di hati.

Yang jadi masalahnya apabila si isteri ahli muzik macam masih tak boleh ‘move on’ dan tak boleh terima hakikat walhal dia juga sudah ada pengganti tapi masih sibuk dengan kehidupan bekas suaminya.

Yang Diva dengar, si isteri punya meroyan sampai mengganggu kehidupan orang sekeliling bekas suami.

Hendak dikatakan gila talak, dia perempuan, perempuan boleh ke gila talak? Apa pun, Diva malas nak sebut nama, cuma harapnya kalau sudah pilih bercerai buatlah cara bercerai, kenapa masih nak anggap bekas suami macam suami sendiri pula. Pening!

Diva: Seronok tengok percutian keluarga Amy Search di Jepun, seronok main salji, kita kat Malaysia jugalah harung banjir saja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI