TAMPIL dalam penampilan ‘pelik’ bukan sesuatu yang baharu bagi selebriti sensasi, Nonny Nadirah. Beberapa kali sebelum ini Nonny sering mencuri perhatian apabila muncul dalam keadaan seksi sehinggakan ada juga separuh bogel.
Nonny sekali lagi mengejutnya pengikutnya apabila muncul dengan hanya mengenakan bra berwarna hitam sambil mempromosikan produk. Bulat juga mata Diva melihatnya, tetapi seperti yang dikatakan itu bukan satu hal baharu.
Tetapi jika dilihat semula, apa yang dilakukan Nonny itu sama seperti sebilangan selebriti yang tampil dalam busana ‘seksa’ terutama ketika hadir ke acara tertutup dan tidak mendapat liputan media tempatan.
Jadi konsepnya, sesetengah artis ini ada yang perangai depan peminat dan media, pijak semut pun tidak mati. Tetapi, di belakang amboi masing-masing berebut tunjuk belang.
Biarpun begitu, peminat tetap mengharapkan agar Nonny akan kembali seperti imej dan gaya penampilan dahulu. Manis bertudung dan fokus sahaja dalam bidang nyanyian serta lakonan.
DIVA: Pening kepala bila ada perangai pengurus lebih sudu dari kuah.