fbpx

Konsert ganggu latihan hoki negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki negara mungkin tidak dapat berlatih selama setengah tahun jika lebih banyak konsert diadakan di stadium itu.

PENGANJURAN konsert di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil tahun depan dikhuatiri mampu menjejaskan latihan pasukan-pasukan hoki kebangsaan dalam persediaan untuk menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang.

Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Najmi Abdul Razak berkata, sekiranya konsert dianjurkan secara kerap tahun depan, ia boleh mengganggu latihan pasukan selain berisiko merosakkan permukaan padang.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, badan induk hoki negara itu perlu menerima keputusan dengan hati terbuka memandangkan stadium tersebut dimiliki Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

“Dalam setahun ada 52 minggu dan sekiranya betul ada 26 konsert tahun depan, bermakna kita perlu menutup (stadium) selama 26 minggu. Maksudnya di sini, kita tidak boleh berlatih hampir setengah tahun.

“Kami belum dapat pengesahan rasmi sama ada 26 konsert bakal diadakan. Bagaimanapun, ia sedikit sebanyak mengganggu persiapan serta latihan yang sudah dirancang jurulatih,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MHC di Putrajaya semalam.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam sidang Dewan Rakyat pada November lalu memaklumkan Stadium Hoki Nasional sudah menerima 26 tempahan untuk penganjuran konsert sepanjang 2025.

Sementara itu, Najmi juga tidak pasti sama ada dana diperoleh daripada penganjuran konsert bakal diberikan kepada MHC memandangkan belum ada pengesahan rasmi berhubung perkara tersebut.

“Setakat ini, semua dana itu akan pergi ke Perbadanan Stadium Malaysia. Tidak ada surat rasmi ataupun pengesahan yang mengatakan sebahagian dana akan datang kepada MHC,” ujar Najmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI