fbpx

Jenazah lelaki seberat 420 kg selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan penduduk kampung menurunkan jenazah ke dalam liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya, Pasir Hor dekat Kota Bharu, sebentar tadi. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Jenazah seorang lelaki seberat 420 kilogram (kg) yang meninggal dunia akibat lelah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya, Pasir Hor di sini, sebentar tadi.

Jenazah Sheikh Mohd. Ali Omar, 44, disemadikan kira-kira pukul 10.40 malam selepas diusung oleh hampir 20 orang termasuk anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), ahli keluarga dan penduduk kampung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kelantan, Mohd. Wildan Azhari berkata, jenazah lelaki itu dibawa dari rumahnya di Kampung Pasir Hor ke tanah perkuburan dengan menaiki lori lima tan.

Menurutnya, urusan pengebumian jenazah itu turut dibantu oleh penghulu, imam dan penduduk kampung.

“Jengkaut juga disediakan sebagai persediaan sekiranya tidak dapat membawa jenazah ke liang lahad. Alhamdulillah, urusan pengebumian selesai dalam 40 minit meskipun berdepan cabaran menurunkan jenazah,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, JBPM Kelantan akan membantu menguruskan pengebumian jenazah seorang lelaki seberat 420 kilogram (kg) di rumahnya di Pasir Hor, malam ini.

Arwah Sheikh Mohd. yang merupakan seorang peniaga buah-buahan meninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari akibat lelah atau asma selepas beberapa hari tersekat di dalam bilik air di rumahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI