fbpx

Econsave salur 30 tan bahan mentah, pakaian ke Kelantan dan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAS IMRAN (dua dari kiri) menyusun barangan sumbangan orang ramai dan Econsave untuk dihantar ke negeri pantai timur yang terjejas banjir.-Foto BAZLAN IBRAHIM

KULAI – Prihatin dengan nasib menimpa rakyat di Pantai Timur yang dilanda banjir buruk, bulan lalu, Pasaraya Econsave menghantar 30 tan makanan kering dan pakaian ke negeri terjejas.

Pengurus besarnya, Mas Imran Adam berkata, barangan tersebut termasuk hasil sumbangan orang ramai dalam program bakul makanan yang dilakukan sejak minggu lalu.

Katanya, hasil sumbangan yang diadakan di semua cawangan Econsave di wilayah Selatan negara ini berjaya mengumpulkan 20 tan makanan kering dan 10 pakaian untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.

“Program bakul makanan yang diadakan di semua cawangan Econsave di Melaka, Negeri Sembilan dan negeri ini mendapat sambutan menggalakkan, ramai pelanggan yang berbelanja di pasar raya dalam masa sama menyumbang kepada mangsa banjir.

“Dalam tempoh singkat ini, kita berjaya kumpul 30 tan makanan kering dan pakaian yang dianggarkan bernilai lebih RM200,000,” katanya ketika ditemui pemberita di Econsave Senai, di sini semalam.

Tambahnya, kesemua barangan tersebut akan dikumpulkan di tempat di beberapa lokasi antaranya di Tumpat dan Kubang Kerian, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI