fbpx

ABC News mohon maaf kepada Trump, setuju bayar RM67 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Trump (kiri) dengan Stephanopoulos. - Foto AFP

WASHINGTON – Rangkaian televisyen ABC News bersetuju untuk membayar sebanyak AS$15 juta (RM67 juta) kepada bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam saman fitnahnya terhadap pengacara, George Stephanopoulos, lapor saluran berita CNN semalam.

Penyelesaian itu yang difailkan secara terbuka semalam, mendedahkan bahawa ABC News juga akan membayar yuran peguam Trump sebanyak AS$1 juta (RM4.4 juta), serta akan mengeluarkan permohonan maaf.

“ABC News dan George Stephanopoulos menyesal akan kenyataan mengenai Presiden Donald Trump yang dibuat semasa temu bual dengan Nancy Mace (wakil rakyat daripada Parti Republikan) pada 10 Mac 2024,” kata satu kenyataan dikeluarkan rangkaian televisyen tersebut.

Susulan penyelesaian itu, ABC News bersetuju untuk menyumbang wang tersebut kepada yayasan dan muzium Trump, demikian menurut dokumen yang difailkan di Mahkamah Daerah AS.

Pada awal tahun ini, Trump memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Persekutuan Florida dengan alasan bahawa Stephanopoulos dan ABC News memfitnahnya.

Stephanopoulos sebanyak 10 kali menyebut juri membuat keputusan bahawa Trump memperkosa seorang wartawan, E. Jean Carroll. Kenyataan itu dikeluarkan semasa temu bual Stephanopoulos dengan Mace pada Mac lalu.

Carroll sebelum itu mendakwa bahawa Trump memperkosanya di sebuah gedung beli-belah pada pertengahan 1990-an tetapi bakal Presiden AS tersebut menafikan semua salah lakunya.

Namun, fakta sebenarnya adalah juri mendapati Trump melakukan serangan seksual terhadap Carroll, namun wanita tersebut gagal membuktikan bahawa bakal presiden itu memperkosanya. 

Sementara itu, jurucakap ABC berkata dalam satu kenyataan berkata, pihak-pihak bertelagah telah mencapai persetujuan untuk menolak tuntutan mahkamah berdasarkan kepada beberapa syarat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI