fbpx

TVET diperkasa seiring keperluan industri, teknologi – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited memperkasa Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan industri dan teknologi yang terus berkembang ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang TVET bukan sahaja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.

“Ia juga berperanan besar dalam merealisasikan hasrat negara menuju status negara berpendapatan tinggi,”katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kali ke-4 di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 265 graduan dianugerahkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau menghargai usaha Kolej Ketengah yang
menawarkan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) serta TVET.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI