fbpx

‘Tiada kata mampu menggambarkan kehilangan ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IBU kepada Scha Alyahya meninggal pada minggu lalu akibat serangan jantung.

PETALING JAYA – Sebak kehilangan insan tersayang, pelakon Scha Alyahya mengimbau pengorbanan ibu tercinta, Junainah Hashim.

Meskipun masih dirundung kesedihan, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Mahadzir, 41, akan tetap membawa semangat ibunya sehingga akhir hayat.

“Tiada kata mampu menggambarkan kehilangan ini, tetapi saya nak ambil peluang untuk mengenang seorang wanita luar biasa yang telah memberikan saya kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan.

“Kepada mama tersayang, mama adalah cahaya penunjuk jalan, orang paling percaya dan penyokong setia serta sahabat baik saya.

“Saya akan bawa cinta, kebaikan dan gelak ketawa mama dalam hati saya sampai bila-bila,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Dalam masa sama, isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu turut menghargai setiap doa dan kata-kata orang ramai disaat berdepan kehilangan orang tersayang.

“Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan kata-kata semangat dan doa diwaktu yang cukup mencabar ini.

“Semangat yang diberikan mengingatkan saya tentang kekuatan yang Allahyarhamah Junainah Hashim ada, sehingga nafas terakhirnya,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Junainah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Disember. Lebih mengejutkan pemergian Junainah berlaku pada hari Scha sepatutnya bersiaran langsung mengendalikan malam kemuncak anugerah Festival Filem Malaysia ke-33 di Angkasapuri, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI