fbpx

Thailand mahu benam Malaysia, kekal No. 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUPACHOK (kanan) enggan memandang rendah kemampuan Malaysia. - AFP

BINTANG sensasi Thailand, Supachok Sarachat percaya pasukannya bakal bermain tanpa sebarang tekanan dalam usaha memburu tiga mata menentang Malaysia dalam aksi Kumpulan A saingan Piala ASEAN 2024 di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.

Supachok yang mewakili kelab Liga Jepun, Hokkaido Consadole Sapporo optimis kejohanan dwitahunan berprestij itu adalah peluang terbaik buat Gajah Perang mengukuhkan status selaku pasukan No. 1 di rantau Asia Tenggara.

“Kami masih lagi menghantar pasukan terbaik pada kejohanan kali ini dan saya lihat sekarang adalah peluang buat beberapa pemain muda menunjukkan keupayaan sebenar mereka di pentas antarabangsa.

“Meskipun tanpa kelibat beberapa tonggak senior, saya rasa kombinasi pemain muda dan berpengalaman yang ada sudah cukup baik untuk mencabar saingan dalam usaha mempertahan kejuaraan kali ini.

“Saya percaya semua pasukan terdesak untuk menewaskan Thailand kerana kami negara No. 1 di ASEAN tetapi dalam masa sama saya tidak mahu memandang rendah dengan keupayaan lawan.

“Mengenai persiapan peribadi, saya kini bebas daripada kecederaan dan bersedia untuk membantu pasukan jika diperlukan pada perlawanan menentang Malaysia nanti,” katanya yang baru melaporkan diri selepas pulang dari Jepun awal minggu ini.

Sementara itu, pemain tengah skuad Gajah Perang, Akrapong Pumviset berharap rakan-rakan tidak terbuai dengan kejayaan menang 10-0 ke atas Timor Leste kerana Malaysia pasukan yang jauh lebih kuat.

“Malaysia pasukan yang bagus tetapi kami cukup yakin dapat mengutip tiga mata sekali gus mengekalkan rekod kemenangan pada peringkat kumpulan nanti,” katanya.

Kali terakhir Thailand yang menduduki ranking ke-97 dunia bertemu Malaysia ketika menang agregat 3-1 pada aksi separuh akhir Piala ASEAN edisi 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI