fbpx

Terkejut ular sawa belit kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota menunjukkan  seekor ular sawa seberat hampir 100 kilogram yang ditangkap di Kampung Labu Besar, Kulim semalam. - AZAHAR HASHIM/KOSMO!

KULIM – Penduduk kampung terkejut apabila menemukan seekor ular sawa bersaiz besar seberat hampir 100 kilogram (kg) sedang membelit seekor kucing di hadapan sebuah kedai makan di Simpang Tiga Labu Besar,di sini, semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kulim,Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan  ular sawa  sepanjang lapan meter dan berat hampir 100 kg itu kira-kira pukul 2.19 petang semalam.

Katanya, pengadu seorang pemilik kedai berusia 26 tahun memaklumkan beberapa penduduk yang melalui kedainya memaklumkan seekor ular sawa sedang membelit seekor kucing.

“Pengadu menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan dan melihat kehadiran orang  ramai yang cuba  membantu  kucing itu, ular tersebut melepaskan belitan dan melarikan diri ke dalam longkang di hadapan gerai.

“Empat  anggota APM  tiba di lokasi kemudian mengesan ular itu yang masih berada di dalam longkang dk hadapan kedai lalu cuba  menangkapnya,”katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Amirul Aliff, anggotanya  bersama penduduk kampung mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular itu yangbbersaiz besar serta berat.

Tambahnya, ular sawa itu kemudian dibawa balik ke Pejabat APM Daerah Kulim sebelum dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI