KEMAMAN – Seorang peniaga yang kudung kaki kiri hiba barangan jualannya, beg terpakai dan ikan kering bernilai keseluruhan lebih RM6,000 musnah dalam musibah banjir yang menenggelamkan rumahnya di Kampung Padang, Kemasik di sini pada Isnin lalu. Zainal Abidin Kamarudin, 50, berkata, dia amat terkesan kerana beg terpakai dan ikan kering itu satu-satunya sumber pendapatannya menyara keluarga sejak bergelar orang kelainan upaya (OKU), empat tahun lalu. Dia memberitahu, kaki kirinya terpaksa dipotong akibat komplikasi diabetes kronik pada 2020. “Habis 500 buah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya