fbpx

Polis kesan wanita dakwa bakal berkahwin dengan Tengku Hassanal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahaya Othman

KUANTAN – Polis giat mengesan seorang wanita yang mendakwa bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kertas siasatan telah dibuka dan akan diteruskan termasuk mengesan suspek yang terlibat.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Dalam siasatan dan di bawah (kes) fitnah ada prosedur (dalam melakukan siasatan),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan Istana Pahang menafikan dakwaan seorang wanita mendakwa bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan dengan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di media sosial Instagram.

Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahaya dilaporkan berkata, pihak istana menafikan sebarang istiadat perkahwinan diraja melibatkan Tengku Hassanal pada April 2025.

Katanya, Istana Pahang sudah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain Portal Rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube menggunakan nama Istana Pahang.

Hantara di Instagram yang dimuat naik sendiri oleh pengguna bernama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu memaparkan wanita berkenaan ‘menerangkan’ berkenaan majlis perkahwinannya bersama Tengku Mahkota Pahang.

Menurut hantaran di Insta Story, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada April 2025 dan secara fitnah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI