fbpx

Piala Malaysia: Terengganu buru bekalan selesa di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain TFC giat menjalani sesi latihan sebelum mengharungi aksi Piala Malaysia malam ini. - Foto ihsan TFC

TERENGGANU FC (TFC) turun ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menentang Negeri Sembilan malam ini dengan misi untuk mencari bekalan selesa pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.

Pemain tengah skuad Sang Penyu, Muhammad Akram Mahinan berkata, beliau dan rakan sepasukannya bersemangat untuk meneruskan momentum kemenangan yang dicapai beberapa perlawaman sebelum ini.

“Kami berada dalam motivasi terbaik dengan semangat berpasukan kembali diperkukuh sejak barisan kejurulatihan baharu (dikemudi Badrul Afzan Razali) mengambil alih.

“Sudah pasti kami mahu mencari bekalan selesa sebelum melayan kunjungan Negeri Sembilan pada aksi timbal balik suku akhir kedua di laman sendiri pula pada 21 Disember depan,” katanya di Kuala Terengganu semalam.

Muhammad Akram berkata, bekalan selesa penting bagi mencerahkan peluang mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Jelas beliau, apatah lagi bermain di gelanggang sendiri bukan kelebihan muklak ekoran cuaca tidak menentu disebabkan musim tengkujuh pada masa ini.

“Pengalaman sukar bermain ekoran padang lecak dan basah sewaktu menentang Melaka FC (pada aksi kedua pusingan pertama Piala Malaysia) tempoh menjadi pengajaran besar buat kami.

“Biarpun ghairah memburu gol nanti, ketua jurulatih (Badrul Afzan) pesan agar kami kekal fokus dan tidak ambil mudah biarpun Negeri Sembilan berada di tangga terbawah Liga Super pada masa ini,” katanya.

Muhammad Akram berkata, skuad Rusa yang bagaikan ‘harimau terluka’ setelah dibelasah Selangor 0-4 dalam saingan Liga Super baru-baru berupaya untuk membuat kejutan sekiranya beliau dan rakan sepasukannya leka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN