fbpx

Parlimen pecat Presiden Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yoon Suk-yeol

SEOUL – Presiden Yoon Suk-yeol dipecat hari ini kerana cubaan singkat beliau untuk menguatkuasakan darurat tentera dengan Korea Selatan kini berada di bawah pentadbiran kerajaan interim.

Akhbar South China Morning Post melaporkan, resolusi pemecatan itu diluluskan selepas mendapat sokongan 204 daripada 300 ahli Parlimen, empat undi melebihi majoriti dua pertiga.

Lapan undi terbatal, tiga wakil rakyat tidak mengundi, manakala 85 lagi mengundi menentang resolusi tersebut.

Sementara itu, polis berkata, sekurang-kurangnya 200,000 orang berhimpun di luar bangunan Parlimen menuntut pemecatan Suk-yeol.

Mereka mengecam tindakan beliau mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember lalu yang dianggap mengancam sistem demokrasi Korea Selatan.

Susulan pemecatan Suk-yeol, Perdana Menteri Han Duck-soo memikul tanggungjawab sebagai pemangku presiden sehingga Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan sama ada mengekalkan atau menolak pemecatan tersebut.

Dalam ucapannya, Duck-soo berjanji akan memastikan kerajaan yang stabil sepanjang tempoh interim.

“Saya akan seluruh kekuatan dan usaha untuk memastikan kerajaan yang stabil,” katanya kepada pemberita hari ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI