fbpx

Papagomo dibebas, polis rakam 16 keterangan kes tipu dana – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papagomo (kanan) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

PETALING JAYA -Blogger kontroversi, Wan Azri Wan Deris atau Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan dana semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki itu dibebaskan selepas keterangannya selesai dirakam.

“Seramai 16 orang sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan setakat ini. Siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Kosmo! melaporkan Papagomo, 41, ditahan polis di rumahnya  pada pukul 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan kes penipuan.

Difahamkan, penahanan ke atas lelaki itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penggunaan nama sebuah syarikat untuk mengutip dana.

Peguam Wan Azri, Rafique Rashid Ali dilaporkan berkata, laporan polis terhadap anak guamnya dibuat pada tahun lalu berhubung isu berkaitan Invoke Solutions.

Rafique turut mengecam penahanan ke atas seorang lagi individu iaitu Wan Shaidi Wan Ibrahim (WSI) yang turut dikaitkan dalam kes tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI