JAKARTA – Seorang wanita di wilayah Aceh, Indonesia memfailkan perceraian selepas mengetahui suaminya menjalinkan hubungan dengan penjual bakso, lapor portal berita Wolipop semalam.
Kejadian itu dikongsikan menerusi platform TikTok oleh akaun @aacantik9 sebelum tular di media sosial.
Rakaman dimuat naik di akaun tersebut memaparkan perbualan antara si isteri dan ibu mertuanya mengenai hubungan sulit si suami dan perceraian mereka.
Lebih mengejutkan, si isteri dipersalahkan mertua walaupun anak lelakinya yang berlaku curang.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.1 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai orang.
“Jangan ingat lelaki ‘berkopiah’ itu sempurna untuk dijadikan suami,” sindir seorang netizen. – AGENSI