fbpx

Lebih 143,000 pekerja mahir aeroangkasa diperlukan menjelang 2042 – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul semasa sesi taklimat bersama Pusat Aeroangkasa Malaysia (MyAERO) di Bangunan MITI, Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Rantau Asia-Pasifik memerlukan lebih 143,000 kakitangan MRO (Maintenance, Repair and Operations) mahir dalam bidang aeroangkasa menjelang 2042.

Bagaimanapun kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industriz Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ketika ini Malaysia hanya mampu mengeluarkan kira-kira 120 jurutera pesawat berlesen setiap tahun.

“Menangani jurang ini bukan sekadar peluang tetapi satu keperluan untuk memastikan kita mempunyai kumpulan bakat yang mampan dan cekap dalam negara,”katanya di laman Facebook hari ini.

Justeru Zafrul berkata, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam membangunkan bakat untuk industri aeroangkasa, Pusat Aeroangkasa Malaysia atau MyAERO di bawah NAICO (National Aerospace Industry Corporation Malaysia) telah pun melancarkan beberapa program.

Antaranya kata beliau seperti “Future Leaders in Innovation Growth & High Technology” (FLIGHT) yang menawarkan latihan jangka pendek untuk meningkatkan kemahiran jurutera dan kakitangan aeroangkasa.

“Selain itu, program MyAERO Talent di sekolah-sekolah Johor dan Melaka turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

“Insya-Allah, lebih banyak lagi program pembangunan akan dilaksanakan tahun depan bagi memastikan bekalan bakat yang mencukupi untuk sektor aeroangkasa Malaysia,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI