fbpx

Kes ‘baby Adham’: Polis rakam keterangan ibu bapa, doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

PETALING JAYA – Polis telah mengambil keterangan ibu bapa bayi lelaki ‘ditahan’ selama dua minggu dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain ibu bapa mangsa, dua doktor yang bekerja di hospital terbabit turut diambil keterangan semalam.

“Seramai empat individu dirakam percakapan iaitu ibu bapanya dan dua doktor semalam.

“Kita akan panggil beberapa lagi individu dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes ini,” katanya ringkas.

Semalam, media melaporkan polis akan memanggil beberapa individu termasuk pihak hospital berhubung isu terbabit selepas ibu bapa bayi itu gagal menjelaskan bayaran bil hospital.

Katanya, satu laporan diterima daripada bapa mangsa dan laporan itu diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP).

Katanya, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam bagi menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut serta menanganinya sebaik mungkin.

Kelmarin, peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili bapa bayi itu, Safwan Roshdy, 22, memaklumkan akan mengambil tindakan saman terhadap pihak yang menabur fitnah kepada anak guamnya termasuk dakwaan tidak berkahwin.

Terdahulu Kosmo! melaporkan jenazah seorang bayi lelaki dibekukan dalam peti sejuk mayat selama 16 hari di sebuah hospital swasta di Klang dipercayai kerana bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.

Kisah pilu itu dimuat naik pada Facebook pengurusan jenazah Islam Mr Wan Chai Official yang mengambil tanggungjawab untuk menguruskan jenazah bayi berkenaan.

Wan Chai memaklumkan, pihaknya menghadapi kesukaran sewaktu menguruskan jenazah bayi berkenaan kerana dalam keadaan beku sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI