fbpx

Bekas bintang Everton dipenjara 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Tie ketika menjadi jurulatih. - Foto AFP

BEIJING – Bekas pemain tengah kelab bola sepak Everton di Liga Perdana Inggeris, Li Tie dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh sebuah mahkamah atas tuduhan rasuah di China, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Tie yang berusia 47 tahun pernah mewakili China dalam satu-satunya penampilan negara berkenaan  di Piala Dunia pada 2002. Dia  mengaku memberi dan menerima rasuah serta mengatur perlawanan bola sepak antara 2015 hingga 2021.

Penghakiman itu dibuat ketika pemerintah melaksanakan kempen membanteras gejala rasuah dalam sukan bola sepak di China yang menyaksikan sejumlah jurulatih dan pemain disiasat.

Selepas bersara daripada arena bola sepak  pada 2011, Tie menceburi bidang kejurulatihan dengan melatih kelab Hebei China Fortune pada 2015.

Dia kemudian berkhidmat sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan senior China apabila menggantikan Marcello Lippi dari Itali.

Dalam perbicaraan kesnya, mahkamah memutuskan bahawa antara 2015 hingga 2021 Tie telah menerima rasuah berjumlah melebihi 116 juta yuan (RM71 juta).

Awal tahun ini, dalam satu dokumentari yang disiarkan di saluran televisyen pemerintah, CCTV, Tie memohon maaf kerana peranannya dalam skandal itu.

“Saya minta maaf. Ada perkara tertentu yang pada masa itu menjadi amalan biasa dalam sukan  bola sepak,” katanya.

Sebelum ini, bekas bos Persatuan Bola Sepak China, Chen Xuyuan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengambil rasuah. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI