JAKARTA – Perbuatan seorang wanita di Indonesia yang bermain air banjir di sebuah longkang sehingga nyaris hanyut mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Tribunnews hari ini.
Kejadian berlaku di Sukabumi, wilayah Jawa Barat pada 3 Disember lalu.
Rakaman dimuat naik di laman Facebook oleh akaun MZ Mamay Ziyad, menunjukkan seorang wanita bertudung hijau turun ke longkang di hadapan rumahnya.
Aliran yang deras menyebabkan wanita itu dibawa air sehingga hampir lemas.
Wanita itu juga mengalami kesan luka pada bahagian kaki, peha, tangan dan kepala.
Rakaman itu mencatatkan lebih 40,700 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai netizen.
“Demi ‘content’ sanggup jadi bodoh dan membahayakan diri sendiri,” sindir seorang netizen.
“Semakin tua semakin ‘bijak’,” sindir netizen lain. – AGENSI