fbpx

Trauma insiden letupan gas, Syura Badron takut masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYURA mengakui berasa takut untuk memasak kerana masih trauma dengan kejadian letupan gas namun terpaksa gagahkan diri menyediakan juadah buat anaknya.

PETALING JAYA – Gara-gara kejadian letupan gas yang mengakibatkan suami tercinta cedera, penyanyi Syura Badron mengakui dihantui perasaan takut setiap kali masuk ke dapur dan memasak.

Pemilik nama sebenar Zuraidah Badron, 38, itu bagaimanapun terpaksa mengetepikan perasaan itu kerana perlu menyediakan juadah buat anak bongsunya, Muhammad Umar Eussof kerana enggan makan makanan luar.

“Orang tanya tak fobia ke nak masak? Tipulah kalau tidak, rasa takut setiap kali mahu mula memasak.

“Macam-macam dalam kepala ini tetapi nak buat macam mana. Tetap kena masak sebab Umar takkan makan luar,” katanya dalam InstaStory.

Dalam masa sama, pelantun lagu Nazam Berkasih itu tidak putus berdoa agar sentiasa dilindungi Allah SWT daripada sebarang kejadian tidak diingini.

“Sebagai hamba kita kena berserah. Semoga Allah melindungi kita,” ujarnya.

Pada 25 November lalu, Syura berkongsi keadaan suaminya, Muhammad Farizat dimasukkan ke hospital selepas mengalami luka lecur yang teruk pada bahagian muka, kaki dan tangan.

Keadaan Farizat semakin beransur pulih malah pembalut di bahagian wajahnya sudah dibuka selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Difahamkan kejadian itu berlaku sewaktu mereka berada di sebuah rumah inap di Perlis.

Dia turut menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya menggunakan dapur mudah alih sehingga menyebabkan letupan yang mencederakan suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI