fbpx

Saka terus mengganas buat Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA (kanan) sekali lagi memainkan peranan penting dengan meledak dua gol menewaskan Monaco awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Arsenal semakin menghampiri pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas AS Monaco pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Dua gol menerusi pemain sayap, Bukayo Saka dan satu jaringan Kai Havertz meletakkan The Gunners di kedudukan ketiga dengan dua lagi baki perlawanan menentang Dinamo Zagreb dan Girona bulan depan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menghamburkan pujian terhadap aksi ditampilkan Saka yang dianggap sudah semakin matang selain menjadi tunjang kepada kemenangan ke atas pasukan dari saingan Ligue 1 itu.

“Dia (Saka) kelihatan cukup matang dan apa yang dilakukannya pada usia sekarang adalah sangat menakjubkan. Dia seorang pemain yang merendah diri dan memiliki bakat cukup hebat sebagai pemain bola sepak.

“Saya juga gembira dengan sifat kepimpinan yang ada pada dirinya kerana pemain-pemain lain menghormatinya. Dia merupakan pemain yang mampu untuk melakukan perbezaan di atas padang, sama seperti hari ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, beliau juga percaya Arsenal sepatutnya menang dengan jaringan lebih besar sekiranya mereka tidak mensia-siakan deretan peluang yang terhidang terutamanya dalam situasi satu lawan satu.

“Kami sepatutnya menjaringkan empat atau lima gol di separuh masa pertama, namun saya tidak kisah mengenainya. Dalam Liga Juara-Juara Eropah, hanya gol kedua boleh meletakkan anda dalam kedudukan lebih selesa,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI