fbpx

Perak, Selangor dilanda hujan lebat, angin kencang tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di dua negeri sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang bakal terjejas dengan cuaca buruk itu adalah Perak dan Selangor.

“Di Perak, ia meliputi keseluruhan kawasan di Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat,” katanya.

Walau bagaimanapun, cuaca cerah dan baik kelihatan melibatkan kawasan di Semenanjung negara termasuk Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tengah hari ini.

Orang ramai yang berada di kawasan terjejas dinasihati untuk berwaspada dengan banjir kilat, tanah runtuh dan pokok tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI