fbpx

Pelancong maut diserang gajah di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancong melihat matahari terbit di Taman Negara Phu Kradueng pada Ahad lalu. - Bangkok Post 

BANGKOK – Seorang pelancong terbunuh selepas diserang seekor gajah liar ketika berjalan ke kawasan air terjun di Thailand, lapor portal berita Bangkok Post semalam. 

Kejadian berlaku sekitar 9.47 pagi (waktu tempatan) di Taman Negara Phu Kradueng, wilayah Loei pada Selasa lalu. 

Mangsa yang dikenali sebagai Jeeranan, 49, diserang gajah semasa menuju ke Air terjun Phen Phop Mai dari sebuah tapak perkhemahan. 

“Kakitangan bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemukan mayat wanita itu. 

“Kejadian seperti ini berlaku buat pertama kali di sini,” kata seorang jurucakap taman negara itu. 

Pihak berkuasa Taman Negara Phu Kradueng pula berkata: “Beberapa laluan yang kerap digunakan oleh pengunjung ditutup buat sementara kerana faktor keselamatan.”

Polis Phu Kradueng sedang giat menjalankan siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI