fbpx

Op Tunda: 14 vesel penangkapan ikan ditahan babit rampasan RM8.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bot yang ditahan Jabatan Perikanan menerusi Op Tunda di perairan Perak sejak 9 Disember sehingga hari ini. - Foto IHSAN JABATAN PERIKANAN

LUMUT – Sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM8.9 juta di perairan Perak sepanjang Op Tunda dilaksanakan Jabatan Perikanan negeri bermula 9 Disember sehingga hari ini.

Jabatan Perikanan negeri dalam satu kenyataan berkata, Op Tunda yang merupakan operasi bersepadu dilaksanakan pihaknya menerusi Unit Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (MCS) Kg. Acheh dengan kerjasama Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Putrajaya.

Katanya, aspek pemeriksaan dan pemantauan bagi program itu adalah perlanggaran Akta Perikanan 1985 dan syarat-syarat lesen dan pemeriksaan kepatuhan ke atas vesel-vesel penangkapan ikan tempatan yang dilesenkan di bawah Jabatan Perikanan.

“Hasil daripada program ini sebanyak 14 buah vesel penangkapan ikan telah berjaya ditahan kerana melanggar Akta Perikanan 1985 dengan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM8.9 juta.

“Pecahan tangkapan vesel adalah sebuah vesel pukat jerut, vesel pukat tunda (B1) sebanyak sembilan buah, vesel peranti pengumpul ikan (dua) dan vesel rawa surong (dua),” katanya di sini hari ini.

Operasi berkekuatan 30 anggota itu diketuai Mohamad Nur Hakim Abdullah dari Cawangan MCS, Bahagian Konservasi & Perlindungan Perikanan, Putrajaya dan melibatkan sebanyak lima aset laut dari Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Kg. Acheh dan CKOPP Kuala Kurau.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah seperti menangkap ikan menggunakan vesel penangkapan ikan tempatan tanpa lesen, menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan menangkap ikan kurang dari 27.78 kilometer mengikut zon.

“Kesemua vesel tahanan telah dibawa ke pangkalan CKOPP Kg. Acheh untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI