fbpx

Mangsa banjir Terengganu tinggal 80 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kawasan yang masih ditenggelami air di Kemaman hari ini.

KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang seterusnya yang melanda di Terengganu sejak Isnin lalu hampir pulih dengan hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Kemaman.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kedua-dua PPS itu masih dihuni 80 mangsa daripada 16 keluarga.

“PPS Balai Raya Padang Kemunting masih mempunyai 76 mangsa daripada 15 keluarga.

“Seramai empat sekeluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dan dua anak perempuan pula masih berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Kerteh,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, cuaca kebanyakan kawasan di negeri ini hari ini diramalkan cerah.

Terdahulu, seramai lebih 5,000 penduduk di daerah Kemaman dan Dungun terjejas dengan banjir gelombang seterusnya yang melanda Terengganu bermula lewat malam Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI