fbpx

Jiran ugut bunuh gaduh sebab antena TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLUANG – Angkara memasang antena televisyen melepasi kawasan rumah, seorang penganggur membuat ugutan bunuh terhadap jirannya dalam kejadian pergaduhan di Taman Megah di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, lelaki berusia 49 tahun itu bagaimanapun ditahan polis untuk membantu siasatan.

Bahrin

“Suspek telah mengarahkan jirannya supaya mencabut antena dipasang melebih kawasan rumahnya dan berlaku pertengkaran sebelum pengganggur itu mengugut untuk membunuh.

“Bimbang dengan kejadiannya itu, jirannya berusia 30 tahun tampil ke balai polis membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bahrin berkata, susulan laporan itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kluang, menahan suspek lelaki tempatan di rumahnya pada semalam (Khamis).

Katanya, berdasarkan rekod lampau suspek mempunyai 17 kes berkaitan dadah dan jenayah.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang pada hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI