fbpx

Empat sekawan tidak mengaku kurung wanita Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Empat sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan melarikan secara paksa dan melakukan kurungan salah terhadap seorang wanita warga Indonesia, awal Disember lalu.

Keempat-empat tertuduh, R.Narindran,30, M.Areveen Raj, 28, R. Jayruban,25, dan Mohammad Syafiq Segnar Abdullah, 29 membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas telah melarikan secara paksa seorang wanita warga Indonesia berusia 41 tahun dengan niat menyebabkan kurungan salah di sebuah rumah di Palma Laguna Waterpark Condominium, Jalan Baru, Perai, di sini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi Jalan Kelawai, daerah Timur Laut pada pukul 8 malam 5 Disember sehingga pukul 11.45 pagi, 7 Disember lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atikah Asharaf Ali manakala tertuduh diwakili peguam, K. Mahendran.

Ketika prosiding, Nurul Atikah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah sekiranya ingin menawarkan jaminan kepada kesemua tertuduh namun mahkamah mestilah mengenakan syarat yang ketat kepada tertuduh.

Bagaimanapun,peguam tertuduh merayu agar kesemua anak guamnya diberikan jaminan dan menyatakan bahawa kesemua mereka akan mengikut syarat yang diberikan mahkamah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI