fbpx

Empat nelayan, tekong Myanmar ditahan di Pulau Rumbia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima nelayan warga Myanmar yang ditahan APMM di Pulau Rumbia, Lumut semalam. - Foto IHSAN APMM

LUMUT – Lima nelayan warga Myanmar termasuk tekong yang menggunakan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan 27.7 kilometer (km) tenggara Pulau Rumbia di sini kira-kira pukul 10.27 pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel terbabit dikesan oleh pasukan operasi KM Gagah yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Mahathir Ismail ketika kapal maritim sedang melakukan rondaan di lokasi terbabit.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas VNT itu mendapati, vesel tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama empat orang kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 18 hingga 52 tahun.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati, vesel terbabit menggunakan nelayan asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia selain kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah kecuali tekong.

“Kesemua kru yang ditahan tidak menunjukkan rasa bersalah kerana melakukan kerja berkenaan tanpa mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah bersama-sama mereka,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Shukri berkata, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang diperakui serta tekong tidak menggunakan laluan pintu keluar atau masuk ke Malaysia yang sah.

“Kesemua nelayan ditahan, manakala vesel dan hasil tangkapan berserta peralatan menangkap ikan turut dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI