fbpx

DBKL sita 384 unit skuter elektrik di tempat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota DBKL menyita skuter elektrik yang diletakkan di tempat awam di sekitar ibu negara kelmarin

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 384 unit skuter elektrik yang diletakkan di tempat awam di sekitar ibu negara kelmarin.

DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, tindakan sita oleh jabatan penguatkuasaan DBKL itu dilakukan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“DBKL melaksanakan tindakan khas melibatkan skuter elektrik yang diletakkan di tempat awam sekitar Kuala Lumpur pada 11 Disember 2024.

“Hasil daripada tindakan tersebut, sebanyak 384 unit skuter telah dikenakan tindakan sita serta-merta di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974,” kata DBKL malam tadi.

Menurut DBKL, kesemua barangan yang disita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Jelas DBKL, tindakan dan pemantauan seperti itu akan dilaksanakan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan warga kota, pengunjung dan pelancong.

“Sekiranya terdapat sebarang aduan, sila salurkan ke pautan https://adukl.dbkl.gov.my/,” kata DBKL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI