fbpx

‘Dah maafkan, tapi saya tak akan pernah lupa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Sekarang sudah 11 tahun sejak guru kimia saya berkata ‘awak bodoh’ di hadapan rakan sekelas semasa matrikulasi.”

Itu perkongsian seorang wanita yang mengimbau pengalaman berdepan dengan makian salah seorang gurunya ketika masih menuntut di sebuah institusi pengajian, 11 tahun lalu.

Menerusi hantarannya di TikTok @mashiminho, beliau dalam masa sama turut berterima kasih kepada guru berkenaan dan memaklumkan dirinya kini sudah bergelar seorang pensyarah.

Namun walaupun sudah memaafkan katanya, dia tidak akan melupakan kata-kata guru tersebut.

“Terima kasih, saya pensyarah pengaturcaraan sekarang. Saya sudah maafkan dia (guru) tetapi saya tidak akan pernah,” tulisnya ringkas.

Luahannya itu mengundang pelbagai komen netizen yang turut berkongsi pengalaman serupa.

“Sama. Guru metamatik saya jerit ‘sayang muka ja cantik, tapi bodoh’ depan semua orang. Sekarang saya kini saya penganalisis sistem dengan penganalisis data bertauliah,” kongsi seorang pengguna.

“Cikgu fizik saya sekolah menengah masa tingkatam empat cakap saya bodoh. Sekarang saya pensyarah kejuruteraan,” ujar @CibuTheCat.

“Guru kimia saya di sekolah menengah kata saya kurang ajar dan sekarang saya berpendapatan RM18,000 sebulan, bukan dalam industri kimia,” dedah seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI