fbpx

Bapa ‘baby Adham’ buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa kepada Muhammad Adham Mikail Bersama dengan peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar di hadapan Balai Polis Kota Damansara.

PETALING JAYA – Bapa kepada Muhammad Adham Mikail, bayi yang jenazahnya dibekukan selama 16 hari di sebuah hospital swasta membuat laporan polis terhadap pihak hospital di Balai Polis Kota Damansara hari ini.

Laporan polis itu dibuat bapa bayi tersebut dengan ditemani peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, susulan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak hospital yang didakwa melengahkan proses pelepasan jenazah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan satu kes pilu mengenai mayat bayi lelaki yang didakwa ‘ditahan’ dalam peti mayat di sebuah hospital swasta selama 16 hari.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas bapa bayi tersebut tidak mempunyai wang untuk menuntut jenazah anaknya yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan akibat kecacatan serius, termasuk hanya mempunyai satu mata, tiada hidung, dan tiada saluran najis.

Kisah tragis ini dimuat naik di Facebook oleh pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Chai Official, yang mengambil tanggungjawab menguruskan jenazah bayi tersebut. Dalam perkongsian itu, mereka mendakwa selain jenazah bayi yang ‘ditahan’, ibu bayi juga tidak dibenarkan keluar dari wad sehingga bil hospital dibayar pada pukul 11 pagi kelmarin.

Pihak hospital yang terlibat bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dalam kenyataan media mereka, menjelaskan bahawa prosedur mereka adalah mengikut standard operasi yang ditetapkan.

Isu ini mencetuskan perdebatan mengenai etika hospital dalam menangani kes seumpama ini, termasuk persoalan mengenai kesahihan tindakan menjadikan mayat sebagai cagaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI