fbpx

Akses pendidikan, kemudahan beribadah OKU Islam diperkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (sembilan dari kiri) bersama dengan tetamu dan penerima anugerah OKU UiTM, hari ini.

KLANG – Akses pendidikan Islam untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terus diperkasakan selaras Pelan Tindakan Agensi Agama Bagi OKU Muslim 2024-2028.

Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan, pelan yang dilancarkan Julai lalu telah dirangka dengan teliti supaya OKU muslim tidak ketinggalan mempelajari agama Islam secara lebih komprehensif pada masa depan.

“Sekarang kita sedang mengambil inisiatif dan program untuk melaksanakan semua teras di dalam pelan tindakan tersebut.

“Ada beberapa perkara yang ingin kita beri fokus, antaranya adalah akses kepada pendidikan agama seperti fiqah dan bacaan Al Quran,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari OKU Universiti Teknologi MARA (UiTM), hari ini.

Zulkifli menjelaskan, kerajaan juga akan meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan yang terbaik untuk kemudahan OKU beribadah yang dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama semua agensi agama dan negeri-negeri.

“Buat masa ini, kita dalam proses melaksanakannya dengan universiti-universiti awam untuk memberi dimensi baharu kepada masjid, surau dan tempat-tempat lain. Kita ingin membawa kerahmatan kepada golongan OKU,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI