PETALING JAYA – “Tidak apalah kalau saya tidak boleh jaga dia di dunia, sekurang-kurangnya saya dapat jaga dia dalam rahim saya,” ujar si ibu yang memilih untuk meneruskan kehamilan walaupun mengetahui bayinya tidak akan bertahan akibat ‘Anencephaly’.
Kisah menyentuh hati ini dikongsi oleh Dr. Noryn menerusi TikTok miliknya, seorang ibu memilih untuk meneruskan kehamilan meskipun bayinya disahkan menghidap Anencephaly, satu keadaan serius di mana bayi tidak mempunyai tengkorak dan tidak dapat bertahan hidup.
“Ibu itu dirujuk kepada doktor pakar sakit puan, yang menyarankan penamatan kehamilan (Termination of Pregnancy – TOP). Namun, ibu itu menolak kerana percaya ini adalah rezeki yang Allah berikan,” jelas Dr. Noryn.
Si ibu menolak TOP walaupun sudah diberi amaran tentang risiko kerana ingin menjaga anaknya walaupun di dalam rahim.
Dalam pada itu, Dr Noryn juga memaklumkan bahawa Anencephaly berlaku dalam enam daripada 10,000 kelahiran dan boleh dikesan seawal 11 minggu kehamilan.
Bayi dengan keadaan ini lazimnya tidak dapat bertahan lama selepas dilahirkan atau meninggal dalam kandungan. – KOSMO! ONLINE
@norynoriha Anencephaly – bayi tanpa tengkorak. Boleh detect seawal 11 minggu kehamilan. Anencephaly berlaku dalam 6 in 10000 kelahiran. Lazimnya baby anencephaly tak boleh survive. Tak boleh hidup apabila dilahirkan atau mati dalam kandungan. Antara rare case yg sy jumpa di klinik. #anenchepaly #baby #cacat #pregnant #mengandung #hamil #top #kandungan #pregnancy ♬ Tuhan Tak Pernah Janji – Jangan Pernah Menyerah – Debbie Great