fbpx

‘Lebih mudah nikahi lelaki bujang, senang dibentuk, mengikut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sikap saling memahami dan dan toleransi antara satu sama lain adalah kunci utama kebahagiaan Che Ta dan Zain.

PETALING JAYA – Ketika nama menjadi bualan hangat susulan isu hutang, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta sempat menitipkan ucapan manis buat suami tercinta, Zain Saidin sempena ulang tahun ke-11perkahwinan mereka, semalam.

Che Ta, 50, berkata, jurang usia 11 tahun bukan penghalang untuk bahagia sebaliknya sikap saling memahami dan toleransi antara satu sama lain adalah kunci utama.

“Sewaktu nikah, umur saya 40 tahun dan Zain pula 29 tahun. Perbezaan usia tak jadi masalah.

“Alhamdulillah, dalam perkahwinan suami isteri perlu ada tolenrasi, insya-Allah akan okey selain daripada mendapat suami yang setia,” kata dalam Instagram.

Tambahnya, dia mengakui bernikah dengan lelaki muda lebih mudah kerana tidak banyak kerenah.

Ujarnya, jarak usia Zain dengan anak sulungnya, Ammar Effendy hanya 10 tahun membuatkan hubungan mereka mudah rapat.

“Perkahwinan kali kedua ini, kami rasa lebih mudah apabila nikah dengan lelaki bujang kerana senang dibentuk dan mengikut.

“Zain pula tidak cerewet dan hanya ikut sahaja apa yang saya lakukan serta memberi kebebasan penuh.

“Apa yang saya tidak suka, dia tak akan kongsi. Perkara yang dia gemar, saya ikutkan sahaja, mungkin itu yang membuatkan kami serasi,” jelasnya.

Dalam pada itu, sama seperti wanita lain, Che Ta berharap perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Selamat ulang tahun perkahwinan sayang.

“Semoga Allah SWT memberikan kita umur yang panjang dan kesihatan baik agar dapat bersama-sama untuk waktu lama, ‘love you’,” ujarnya.

Terdahulu, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga bersama Zain pada 11 Disember 2013.

Hasil perkahwinan itu, Che Ta dan Zain dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang berusia 10 tahun.

Kelmarin, kediaman Che Ta dikunjungi pihak Mara bagi menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.

Serbuan dilakukan selepas dia didakwa tidak membayar hutang pinjaman dari agensi berkenaan berjumlah hampir RM1 juta.

Sehingga kini, Che Ta mahupun pihak pengurusannya masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI